Saturday, April 11, 2009

Aku, DCL dan MLM & Artikel Menarik

Multi Level Marketing.. atau nama manjanya MLM.. ramai org fobia dgn ayat ni, dan org yg menjalankan bisnes MLM, termasuk aku.. rimas betul dgn org cam ni.. pantang nampak mesti nak promote.. bila jumpa, takde cite lain. .. MLM, MLM, MLM.. ish.. tak kuasa nak layan..

aku terjebak dalam dunia MLM ni cara tak sengaja.. asalnya nak tambah produk jualan aku meniaga online ni.. tak pernah pun aku amik port apa itu MLM... customer aku pakai produk DCL, dapat result bagus, nak jadi ahli aku tlg registerkan.. 1st month, dpt vaucer RM16.80. 2nd month, cheque RM300 berserta pangkat Ruby Manager. makin bersemangat dan makin rajin tlg daftarkan kawan kawan.. dari situ network aku berkembang..

Sesungguhnya dalam Perniagaan MLM yang membezakan kita dgn orang lain adalah ILMU dan PENGALAMAN. Makin lama DCL makin dikenali, persaingan makin kuat, nak taknak aku terpaksa belajar la.. bila dah tertaja kaki MLM, takkan memanjang jawab tak reti pasal marketing plan kut.. tak larat aku nak kena kutuk, upline takde ilmu.. skrg ni walau tak berapa nak lancar, tapi bleh la nak explain kat org..

Specialnya team aku ni, kitorang buat DCL online 100%.. . tiap hari downline aku bersidang kat web... bila diperlukan, aku turun padang.. takde le plak aku hilang kawan, malahan makin beranak pinak.. best betul tiap negeri aku pergi ada je downline aku yg sudi menanti kedatangan aku.. sekarang ni gi jalan-jalan sambil servis network.. aku suke..

5 tahun dalam DCL.. banyak perkara yang positif yang aku lalui.. dan berjaya merubah hidup aku dan keluarga.. Pengasas DCL, Dato Stapa dan Dato Azlina amat menitikberatkan status Halal setiap produk.. dan ada juga kumpulan Ulama di dalam pihak Pengurusan DCL.. setiap keputusan yang syarikat buat, terlebih dahulu dirujuk pada pakar dalam bidang masing-masing.. baik dari segi produk, hukum hakam.. ...

Korang kat luar sana kalau nak buat MLM, silalah pergi jumpa mana-mana Leader MLM yg dah berjaya dgn jalan yg telus.. tips yg aku nak bagi, Leader yg bertahan di dalam company tu lebih dari 3 tahun.. dan ada pencapaian telah dipegang..

Jgn sesekali terpukau dgn mereka yg suruh dump duit, beli pangkat.. takut anda tak mampu bertahan.. unless upline korang memang mampu membimbing .. aku kesian sgt kat mereka yg nak buat MLM tapi kena tipu nih.. dah keluar duit beribu, upline hilang tah kemana.. biasanya Leader begini, tak lama bleh bertahan.. cepat je lingkup sebab kena sumpah dengan mereka yg teraniaya..

sekarang MLM guna sistem ni dah berleluasa.. yg success tu ok la.. yg kesian kat yg dah buat loan, pas tu barang simpan bawah meja.. 1st month memang ar dapat cheque, 2nd month dapat vaucher, klu nasib baik.. dan bulan seterusnya, lelong barang bawah meja..

Bagi aku, klu dah confident, ko upgrade sket diri korang.. buat MLM ni ibarat pelari marathon.. biar konsisten.. tak perlu berlari laju.. sebab dalam MLM ada destinasi penghujung iaitu pangkat tertinggi.. tapi sekarang ni ramai yg gopoh.. semua nak senang cara cepat.. sanggup buat loan berpuluh malahan beratus ribu semata- mata utk kejar title dalam MLM ni.. buat MLM bukan kerja mudah.. kalau hati tak kering, takde daya saing, takde strategi, jgn harap le nak success..

Permainan dalam dunia MLM ada kalanya agak zalim.. sanggup ketepikan hukum halal haram semata-mata DUIT... sanggup mencantas network orang lain masuk ke group mereka demi DUIT.. memang hancurle hidup kalau joint di bawah Leader MLM yg bertuhankan DUIT ni..

Memang akui akui, bila kita di tahap status LEADER MLM, memang glamer.. klu aku gi HQ DCL, org tak panggey aku Syikin taw.. org panggey aku Crown.. Crown.. vavava.. ingat tak glamer ke.. lagi satu, nama kita dikenali.. setiap tutur kata kita didengar.. klu silap bg statement, kena hentam pun kaw kaw punya..




DCL SISTEM 5K VS TRADISIONAL ??? SOALAN PANAS GILOS NIH.. very the sensitip..


ada sorang downline aku tanya, Dato Stapa baru luluskan Sistem 5K ni? selama gi meeting, aku tak perasan le plak.. tatau le klu ada antara meeting yg aku tuang, Dato Dato `Launch' kan Sistem 5k ni..

dun worry.. cam biasa.. aku ni akan cari jawapan atas tiap soalan.. baru le nampak versatile.. kih kih kih..

cam ni la.. klu amik stok 5k terus jadi Ruby Manager tu dah berzaman ada.. bonus Fasa B korang terus dapat 15%.. kalau serius nak bisnes, 5k tu tak byk mana pun.. aku sendiri bermula dari ahli biasa.. bila sale laju, aku upgrade jadi stokist.. bermula dari stok 3k.. 5k.. dan KKKKKK yg seterusnya.. kayo!! kayo!! kayo!!

Sistem 5k ni dinamakan Fast Track.. ko cepat je capai pangkat-pangkat dalam DCL.. klu korang jadi ahli 50 hengget.. pastu klu ada org order, baru amik stok, lambat le nak naik pangkat.. itu dinamakan Slow Track..
tak kisah le nak slow track ke.. fast track ke.. DCL ni salah satu peluang bisnes.. kalau confident, go ahead... jgn kata stok RM5k, klu ada fulus, beli stok RM300k, boleh terus jadi CA taw.. pas tu bukak BC.. kan senang..

tapi aku cukup pantang tok nenek kalau kaum kerabat aku yg amik stok tapi tatau nak buat apa.. soh gi kelas produk malas.. paling haru lelong kat forum / blog.. kurang ajaran betul.. kesian kat org lain yg serius nak meniaga cam aku.. klu dline aku buat keje cam ni aku bagi kaw kaw punya...

takyah cite org lain, org terapat cousin aku sendiri yg joint DCL BUKAN bawak network saya.. amik stok 5k.. pass kat adik beradik sedara mara.. soh jualkan.. pas tu ding dong ding dong.. terbaru khabarnya malas dah nak buat.. katanya upline gatal la.. DCL bisnes org kampung la.. layan je la.. malas nak komen..

aku bukan anak org kayo.. jadi naik le sket sket.. pelan pelan kayuh pun bleh success.. yg penting base dah kuat.. ibarat pokok yg rendang.. akar & dahan kuat & kukuh... klu satu mati atau patah, yang lain ada..

kisah ni tiada kaitan antara hidup atau mati.. sekadar pendapat melalui pengalaman saja.. kut kut ada yg bg link ni kat Dato atau mana-mana Leader DCL baca.. maklum le.. sekarang ni byk spy 007.. apa yg jadi kat internet laju je masuk report kat management..


BIAR LAMBAT, ASAL BERTAHAN..


ni aku nak tunjuk kat korang, Pangkat dalam DCL yg boleh korang capai berserta jumlah wang besar!! wang besar!!!


Bermula dari
Pangkat, Jumlah PV,Bonus Fasa B dan Jumlah Ringgit Malaysia utk pangkat tu..

CA ( CROWN AMBASSADOR )- 150,000 PV - BONUS 45% - Modal RM250k je..
CD ( CROWN DIRECTOR )-
75,000 PV - BONUS 40% - Modal RM150k ~ ni pangkat aku le nih..
DD ( DIAMOND DIRECTOR ) -
35,000 PV - BONUS 35 - Modal RM70k
PD ( PEARL DIRECTOR )- 15,000 PV - BONUS 30% - Modal RM50k
EM ( EMERALD MANAGER ) -
5,000 PV - BONUS 20% -Modal RM10k
RM ( RUBY MANAGER )
3,000 PV- BONUS 15% - ni le yang diwarwarkan Sistem 5k




ARTIKEL TENTANG BISNES MLM.. ENJOY!!


Kejayaan Stail Shortcut Atau Full Version
February 17, 2009 | By Shukri Abdullah |

Kejayaan dicapai, bila Anda berjaya mencapai apa yang Anda targetkan. Namun, ia bergantung pada seberapa besar kehendak Anda, matlamat, azam dan cita-cita Anda. Mungkin, kejayaan menjana pendapatan tertentu, kejayaan dalam kerjaya kerana dinaikkan pangkat atau kejayaan mencapai matlamat perniagaan Anda. Stail kejayaan ada berbagai. Bagi saya, ada dua bentuk, dua nama.

Nama panggilan ni saya cipta sendiri. Kat situlah saya panggil kejayaan dengan dua versi berbeza, kejayaan stail shortcut atau kejayaan stail full version. Kejayaan shortcut adalah kejayaan yang diraih melalui jalan singkat. Prosesnya sama. Anda bekerja keras, merancang strategi lalu bertindak. Cuma, kejayaan Anda luar biasa kerana ia pantas dari kejayaan biasa. Hasilnya pula segera!

Kejayaan full version nama panggilan saya pada kejayaan yang dicapai oleh orang-orang berjaya. Inilah kejayaan normal. Mereka belajar sepanjang masa, menguasai sesuatu kemahiran langkah demi langkah, mengatur strategi, bertindak selain bersedia menghadapi apa saja yang akan terjadi pada usaha mereka sama ada silap atau gagal. Orang-orang yang melalui stail kejayaan full version tidak tamak hingga mahu hasil cepat. Mereka melangkah perlahan-lahan, walaupun proses berusaha mengambil masa. Mereka berjaya mencapai kejayaan setelah melalui berbagai kepayahan, justeru kejayaan itu membuat mereka rasa benar-benar puas!

Sama ada Anda gunakan stail short cut atau full version untuk mencapai kejayaan milik Anda, terlebih dahulu Anda kena fahami kesannya. Kejayaan short cut menjadikan kejayaan yang Anda capai tidak berkembang. Mengapa? Sebab, Anda terdorong untuk jadi selesa dengan kejayaan sedia ada. Walaupun Anda berjaya lebih cepat daripada orang lain, tapi Anda akan hilang minat mencapai lagi kejayaan-kejayaan di masa depan.

Kejayaan full version membuat Anda semakin ghairah, semakin berselera mencapai tahap kejayaan yang semakin mencabar kerana Anda seronok merasai saat bila Anda mempelajari kemahiran baru, berkenalan dengan orang baru, meletak matlamat baru yang pasti menjadikan Anda memiliki mentaliti baru.

Akhirnya, Anda berjaya mencapai satu lagi kejayaan baru!





Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”

Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.
Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:

  • Perlu berlimu
    Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.
  • Perlu menambahkan jaringan
    Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.
  • Perlu punyai perasaan tolong menolong
    Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!

So, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!


No comments:

Post a Comment